Public Mutual Unit Trust Consultant Kepakaran saya membantu anda mempunyai simpanan yang baik untuk anda dan orang tersayang supaya tidak tertekan semasa memerlukan.
Posted by samariniaga July 18, 2022 No comments

Bagaimana untuk menang dalam Pelaburan Unit Trust?


Pertama : Tahu apa itu unit trust?




Unit trust adalah Pelaburan Saham  

( Stocks Investment ). 


Jangan keliru dengan 


Perdagangan Saham ( Stocks Trading ).

atau 

Permainan Saham ( Stocks Gambling ).

Pelaburan saham memerlukan masa untuk
matang atau mencapai sasaran keuntungan
kita. Tujuh tahun adalah masa sesuai untuk kita
letak duit dalam pelaburan saham dengan 
peluang menjana keuntungan yang menarik.
Lagi panjang masa pelaburan lebih baik.

Bolehkah kita mengambil keuntungan lebih awal
atau pelaburan lebih singkat dari 7 tahun?

Jawapannya , ya !

Tetapi kita perlu meletakkan pada asset allocation yang lebih rendah risiko , tapi pulangannya tidak semenarik seperti 
pelaburan dalam Equity( EQ ).
Iaitu dalam SUKUK (BOND ) atau MONEY MARKET.


Kenapa ada pelaburan jangka masa sederhana dan jangka masa pendek?

Jawapannya untuk mereka yang ingin menyimpan tapi dalam masa yang sama ingin dapat keuntungan pasif dengan risiko yang amat kecil.

Contoh :
  • Menyimpan untuk bayar duit roadtax kereta 
  • Menyimpan untuk sediakan downpayment kereta 
  • Menyimpan untuk majlis perkahwinan.
Dengan jangka masa yang pendek 1 hingga 3 tahun , walaupun pulangannya lebih rendah jika
dibandingkan dengan Pelaburan dalam dana EQ.
Tetapi ini lebih selamat dan sesuai untuk tujuan
tersebut.

Berbanding dengan pelaburan jangka masa 
panjang , kita sasarkan pulangan yang setinggi
mungkin tetapi kita bersedia hadapi pasaran
saham yang turun banyak atau kita panggil
"Market Correction" sebab ada masa untuk kita 
alih ("SWITCHING") dana tersebut dan menanti
pasaran saham melonjak naik.

Sebenarnya beginilah kita MENANG dalam pelaburan Unit Trust , pasaran turun lebih singkat berbanding pasaran menaik. Tambahan lagi setiap kejatuhan pasaran saham , kenaikkannya lebih besar.

Contoh:
Pada tahun 2020 selepas penyebaran Covid-19
pasaran saham telah jatuh sekitar 30% dan ini
telah membuat dana-dana EQ unit trust juga
jatuh sekitar 20%. Ini "market correction" yang
disebabkan oleh kerisauan pelabur dan pedagangan saham , membawa duit mereka keluar dari pasaran saham.


Tapi , yang menariknya selepas kejatuhan itu ,
pasaran saham melantun naik dan naik.


Tetapi pasaran saham kembali turun selepas itu ,
untuk pembeli baru membuat belian. Pemegang
saham unit trust ada dua pilihan ketika pasaran menurun.
1. Buat SWITCHING
2. Buat belian secara berterusan setiap bulan
    atau kita panggil RCA(Ringgit Cost Averaging)

Keduanya akan membantu kita mencapai 
sasaran keuntungan mengikut plan pelaburan
kita.

Samari Unit Trust
17 JUL 2022 





 

 


Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter